~KENALAN SHHS~

18 June, 2009

~AIRMATAKU TELAH JATUH~


Assalamu'alaikum semua....

Hari ni mmg meletihkan bagiku. Dahlah che maiyra susah betul nak tidur malam tadi. Mungkin batuk yang menggangu tidurnya buat dia tak senang untuk melelapkan matanya. Aku pulak bila takleh tidur tu habis semua baju-baju kotor yang ada kat rumah aku basuh... 'Clear' sudah bakul yang berisi kain2 itu. Dan pepagi tadi abah che maiyra telahpun menjemur kesemuanya....;))

Lebih kurang jam 4 pagi waktu aku baru je nak melelapkan mataku, alih2 che maiyra bangun lagi nak menyusu pulak...hurmmm.... Takleh lagi aku nak pejamkan mataku... Aku rasa yang betul2 aku tertidur lebih kurang jam 5 pagi hinggalah aku dikejutkan oleh bunyi 'handphone'ku yang menunjukkan ada sms telah masuk. Terpisat2 aku bangun dan mencapai 'handphone' dan membuka 'inbox' mesej sambil hati berkata2 siapa pulak lah yang hantar sms subuh2 hari nih...

Terkejut aku mengucap panjang bila menerima sms perkhabaran seperti berikut :-

"nor azizan baru sahaja meninggal dunia. Smoga Allah melimpahkan rahmat & mnempatkn rohnya brsama org2 solehah. Al fatihah.."

Terus sahaja aku bangun dan mula 'forward'kan sms tu pada rakan2 'office' yang lain. Sms tu juga buat aku terus bangun menunaikan kewajipanku setiap pagi... Sambil hati mengenangkan sms itu dan anak2 insan yg dimaksudkan itu yang masih lagi belum tamat sekolahnya dan suaminya yang telah beberapa tahun pulang ke rahmatullah....

Lebih kurang jam 6.30 pagi ku terima pula sms kedua yang berbunyi :-

"Pembetulan.. Nor azizan masih dalam keadaan tenat lg. Belum meninggal dunia. Harap maaf. Kekeliruan dari penyampai maklumat pertama amat dikesali."

Mengucap panjang aku menerIma sms kedua itu.. Sambil tangan ku pantas mem'forward' sms tersebut kepada teman2.. Dan pagi itu kulalui seperti biasa.. Selepas jam 8 pagi aku menerima panggilan dari 'ex-officer' 'office' aku mengajak aku ke hospital untuk menziarahi insan itu...

Sebenarnya, ketika pertama kali aku menaip bait2 perkataan di sini, aku baru pulang dari hospital.. Hati terpanggil untuk meluahkan rasa di sini... Tetapi setelah aku menyudahkan nukilan rasa hati, internet di 'office' ku dah buat hal... Adushhh... Tinggal separuh sahaja luahan rasa yang sempat di'auto saved' kan....hampehh tull !!

Dan malam ini, aku kembali menyambung kisah.... Sungguh, hari ini betul2 meletihkan... Jam 2.30 ptg tadi aku dan teman2 pejabat yang lain dikejutkan dengan berita sahih perginya seorang yang bernama Nor Azizan binti Othman ke rahmatullah... Beliau menghembuskan nafas terakhirnya khabarnya jam 2.24 petang... Al kisahnya kerana menderitai penyakit 'breast cancer'... Sempat jua aku melihat beliau buat kali terakhir dan sudah kusedekahkan bait2 suci al quran kepadanya... Semoga dia ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman kepadaMu Ya Allah...

'Breast Cancer"... Bagiku penyakit itu perlu digeruni oleh setiap insan yang bergelar wanita di muka bumi ini.. Sekiranya ianya ditahap kritikal, pembedahan atau tidak bagiku risikonya tetap sama. Untuk pembacaan semua, kak jan (nama mesra untuk allahyarhamah) berusia 45 tahun, seorang balu yang telah kematian suami lewat 2 ke 3 tahun yang lalu... Beliau pergi meninggalkan 3 orang anak yang masih mentah meniti usia... Si Abang yang sulung, yang berkorban bercuti belajar untuk menjaga uminya, yang setia menuruti kemahuan uminya, yang taat.... Adik2nya pula masih bersekolah..... Aduhhh...

Hati ini sayu melihat linangan airmata mereka, jiwa ini pilu mengenangkan pemergian uminya... Apalah nasih yang bakal mereka lalui... Mengenangkan setianya mereka disisi umi mereka di hospital paginya, membuat aku terasa syahdu... Si Abang yang sulung setia mengusap2 tangan uminya, anak yang kedua khusyuk membaca ayat2 suci surah yaasin manakala anak perempuan bongsunya memegang erat tangan uminya sambil sesekali menyuap air kemulut uminya... Ohh... sungguh hatiku tersentuh... Hanya Allah yang lebih mengetahui... Melihat mereka membuatkan aku terkenangkan anakku che maiyra...

Demi Allah, ketika ini airmataku telah jatuh....

Wahai anakku Saffiyya Humaiyra,
Ibu berjanji akan menjagamu dengan tabah dan sabar, dengan cekal tanpa putus harap. Akan ibu didikmu menjadi insan yang berguna kelak... Itulah janji seorang Ibu...

Untukmu wahai suamiku,
Bantulah aku membantu dirimu, dalam tekun dan tenang, mendidik anak yang telah sekian lama kita nantikan dan anak2 yang bakal Allah rezekikan kemudiannya kepada kita... Agar zuriat kita kelak menjadi anak yang soleh dan solehah, yang bijak menimba ilmu, yang bijaksana menimba pengalaman, yang mendengar kata yang tua, yang taat pada ibu abahnya.....

Ya Allah Ya Rabb... restuilah harapan dan doa kami ini... amin Ya Al Awwal...

12 UNTUKKU:

Fadh Rahman said...

al fatihah...sesungguhnya yang hidup itu pasti mati...amat kasihan tapi Allah lagi maha mengasihani...moga rohnya di antara mereka yang mendapat hidayah Allah...amin.

AbQar|'s said...

weh...syahdu entry mu nih..aku pun dah termenitik air mata nih..

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Mm...So sad and makes me feel like crying...:(

Take good care..
Keep in touch owez...

Joyah Sempoi said...

kematian adalah sesuatu yang pasti...hidup ini pula insyaAllah...moga rohnya dicucuri rahmat, amin...

ieyla said...

Salam takziah untuk keluarga arwah...semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...amin....

ima shhs said...

fadh : berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

ima shhs said...

ummi abqari : aku dah bengkak pun mata menahan tangis...:(

ima shhs said...

Tommy : yes dear, when I look trough the child eyes, I can see the purity among their heart...

Thanks 4 sharing my sadness !!
Glad 2 be your friends...

ima shhs said...

joyah : bukan kematian yg ditangisi, tetapi nasib anak2 yatim piatu itu yg dibimbangi.... Moga Allah bakal memberi jawapan yang pasti...amin

ima shhs said...

ieyla : terima kasih byk2 kerana berkongsi...akak cukup menghargainya...

izman said...

Innalillah. moga roh allahyarhamah ditempatkan dikalangan org2 beriman hendaknya.

ummuabdullahsyaakir said...

Salam,moga Allah tempatkn Rohnya di kalngan org2 yang berimna...terharu baca ayat ima yang last skli tu...moga2 dpermudahkn semuanya

~TDD~