~KENALAN SHHS~

23 February, 2010

02/2010 ~KEMBALI MERINDU~

Assalamu'alaikum wrt....

Lama betul aku tinggalkan laman ini. Laman yang ku bina lebih setahun yang lalu. Sunyi. Tanpa coretan harian. Tanpa apa-apa. Terkadang bila rindu datang, aku pulang. Sepi. Masih sunyi. Tiada tanda. Tiada sesiapa. Betapa aku rindukan laman ini. Tempat aku berkongsi kisah. Tempat mengadu resah. Walau tiada siapa yang fahami, atau peduli, aku puas. Betul-betul puas. Ini lamanku. Ini rumahku. Ini hakku. Tiada siapa yang boleh ubah itu. Tiada siapa yang berhak rampas ia dariku.

Lantaran....aku kembali merindu. Pada jejak-jejak yang telah ku tinggalkan. Pada kenalan yang memahami diri walau tidak bersua wajah. Akan diterimakah aku kembali. Seperti waktu-waktu dulu. Seperti masa-masa yang berlalu. Hanya takdir penentu segala. Aku pasrah.

Kelmarin...rinduku bertandang lagi. Pada wajah-wajah yang ditinggalkan. Pada madah-madah yang mengundang. Hati menjeruk rasa. Jiwa bergelora. Tidak ku pinta sengketa. Malang juga yang melanda. Bukan lari dari sesiapa. Tapi tak mampu hadapi yang nyata. Hanya 'DIA' yang tahu segalanya.

Hurrmmmm.....

Apalah nak jadi dengan aku nih.... Kebelakangan ni cam terbuai-buai jer rasanya. Mungkin the weather yang buat aku jadik cam nih...Panasss....dan tiupan angin kuat betul sehari dua nih.

Kalau ada yang terbaca coretan aku ni, aku nak tanya ler....kowang pernah gih istana tak...??...kekeke... Jawaplah ekk.... sbb next dari citer nih aku nak citer sal istanalah rasanya...hehe... Apa citernyer...tungguuu....(kalo ada yg dah tau tuh syyyyy...:-P

Oklah, stop dulu ekk... Harap ni bukan tulisan terakhirku...hehe

ima shhs

7 UNTUKKU:

endiem said...

dah tukar imej baru..

ima shhs said...

endiem : yup, tima kasih masih sudi dtg....tak jwp pun soklan saya yg last tu...jwp ekk

endiem said...

lah ingat soklan apa tadi.. pergi istana rupanya.. koi dah pergi ..tapi tak lah kerap sangat. tapi tengok dari luar selalu.

izman said...

ke istana? ceritalah cepat.

by the way, its good to has u back n keep blogging

Ena Qalinsya said...

tak penah.. aku pun takut gak ni tp nama asik tersangkut jek.. ko dah dipanggil ke?

Love Says it All~ said...

MAKEUP CLASS SCHEDULE:

-9TH MAY 2010 (PERSONAL) RM150 ONLY @ SHAH ALAM
- 15TH &16TH MAY 2010 (BRIDAL CLASS) RM500 ONLY @ SHAH ALAM
-22ND & 23RD MAY 2010 (BRIDAL CLASS) RM 500 0NLY @ SHAH ALAM

LIMITED SEATS UP TO 6 PAX ONLY!!
**MAKEUP PROVIDED
**LUNCH
**CETIFICATE OF ATTENDANCE WILL BE GIVEN
**GET RM20 DISCOUNT FOR PERSONAL CLASS & RM50 FOR BRIDAL CLASS FOR EACH FRIEND YOU BRING ALONG!

REGISTRATION OPENS NOW!!!!

FB:EYRA RIZAL
016-2128740 (EYRA RIZAL)
HTTP://WWW.EYRARIZAL.COM

[S]itie [B]Um [B]Um said...

emmm...bile nak update citer pasal istana? =)

~TDD~