~KENALAN SHHS~

08 September, 2009

~PERGI TAK KEMBALI~

Setiap insan pasti merasa, Saat perpisahan terakhir, Dunia yang fana akan ditinggalkan, Hanya amalan yang dibawa...

Terdengar sayup surah dibaca, Sayunya alunan suara, Cemas di dada lemah tak bermaya, Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua, Berpisah kita selamanya, Kita tak sama nasib di sana, Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan, Sejahtera, bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih, Rebah bersemadi sendiri, Mengharap kasih anak dan isteri, Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara, Soal bicara terus bermula, Sesal dan insaf tak berguna lagi, Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya, Yang tinggal hanyalah kenangan, Diiring doa dan air mata, Yang pergi takkan kembali lagi.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~8888~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya 'mood' aku 'down' sangat.... Tapi aku yakin bukan 'mood' aku jer 'down'.... Hubby aku, ipar2ku, biras2ku terutama sekali mak (MIL) memang tengah dalam keadaan yang sedih... Macam mimpi yang tak pernah berhenti. Walaupun apa yang berlaku telahpun tertulis...dan aku dan mereka2 meredhainya, namun kesedihan tetap ada... Ya Ilahi, andainya ini mimpi kejutkanlah aku dari lenaku. Agar alam realitinya dapatku tempuhi dengan pasti...

Dua hari yang lalu che maiyra asyik buat ragam jer... nangis...susah nak tidur...penat jugalah aku dan abah che maiyra melayan kerenah puteri kami itu. Ku fikirkan hanya che maiyra yang begitu, tak kusangka si comeyy hadi juga begitu... Mungkin si kecil2 itu telah dulu tahu dari kami2 semua... Mungkin si kecil2 itu tak dapat nak menyampaikan pada kami semua....

Tapi, malam itu dengan izin Yang Maha Esa...che maiyra dan si hadi sudah tak meragam lagik... Aku yang terdetik dihati dengan perubahan che maiyra turut berasa pelik... Lepas berbuka puasa, che maiyra terus hendak tidur... Begitu juga dengan si hadi... Memanglah aku dan abah che maiyra juga ummi si hadi berasa lega... Bolehlah kami meneruskan tugas2 yang lain dengan mudah...

Tapi Allah itu lebih berkuasa atas segalanya.... Rupanya malam itu adalah malam terakhir kami sekeluarga dapat mendengar suaranya dan melihat jasadnya. Rupanya malam itu adalah malam hembusan nafas terakhir darinya. Rupanya malam itu Chik Yie (BIL) telah meninggalkan kami selama-lamanya dan tak mungkin akan kembali...

Ohh...luluh hati ini melihat mak (MIL) bersedih. Sayu hati mendengar keluhan2 adik (SIL). Bertambah berduka bila ku renungi wajah abah che maiyra...Bersabarlah semua... Yakinlah bahawa Allah lebih menyayanginya.... Itulah ketentuan terbaik buat Chik Yie... Aku yakin itu... Aku pasrah... Sekurang-kurangnya sepanjang usianya aku berusaha menjadi sahabat dan teman bicara terbaik untuk Chik Yie... Aku juga sempat menyediakan makanan yang dihajati olehnya.

Percayalah Tuhanku, tiada dendam dihati ini. Tiada dosanya yang perlu kuampunkan. Tiada hutangnya yang perlu kuhalalkan. Tiada apa yang perlu ku musykilkan kerana sebagai kakak yang seusia dengannya dan menjadi kakak kerana mengahwini abangnya, aku meredhai segalanya... Itulah yang pasti....

Itulah kisahku untuk hari ini. Kisah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kisah adikku (BIL) yang pergi dan tak mungkin akan kembali lagi. Beliau yang bernama Mohd Khairi berusia lewat 31 tahun menghembuskan nafas yang terakhir pada 05 September, 2009M bersamaan 15 Ramadhan, 1430H jam 09:05 malam di sisi mak, abang ngah (abah che maiyra) dan sham (suami ibu ierah). Beliau mengidap sakit lelah (berkaitan dengan hati) dan demam panas. Beliau tidak pernah berkahwin dan selama ini hanya mengharap kasih mak dan menumpang kasih saudara yang lainnya. Selama hidupnya beliau seorang yang rajin membantu kerja-kerja rumah, lucu bila berkumpul dengan semua adik-beradiknya, pendiam dengan orang tidak dikenalinya dan suka menyendiri.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan moga dia di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.... Amin

7 UNTUKKU:

endiem said...

Takziah.. dan alfatihah,

Diarihatiku1976 said...

takziah dan alfatehah dari saya.. allah lebih menyayangi beliau....

ILA said...

Ima...
terasa kelu bila mbaca coretanmu..
Ima...
Harap adindamu brada di kalangan umat2 yg di sayangi oleh Allah s.W.T..
tabahkan hatimu....
redhakan ianya....
khidupan ini hanya pinjaman...
antara kita ni pun..tak smestinya smpai pghujung hayat..

salam syang dariku

Fadh said...

al fatihah...dari NYA kita datang, kepada NYA kita kembali.

ieyla said...

Salam takziah....marilah sama-sama kite sedekahkan Al-fatihah dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin...

izman said...

takziah. moga Allah mencucuri rahmah ke atas roh beliau.

Al-fatihah

Hafiz Hamid said...

semoga roh nya dicucuri rahmat.Amin.

~TDD~