Assalamu'alaikum semua....
Diam tak diam dah masuk hari ke 26 kita berpuasa. Dan tak sampai beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidil Fitri. Terasa cepat benar masa berlalu... Macam baru semalam kita mula berpuasa. Kebelakangan ni pun aku tak ada banyak masa untuk mem'blogging' apa lagi 'blog walking'... Tapi kalau ada peluang memang aku tak lepaskanlah kan... Bukan apa, bulan2 macam ni ofis tempat aku kerja ni memang ler terlebih 'busy'. Kenapa terlebih 'busy' itu aku takleh jawap kat sini. Tapi kalau ada yang teringin sangat nak tau, sila email kepada aku ekk...(beria lak dak ima nih...kekeke..;p
Tempoh berkabung aku dan famili aku pun dah tamat kot. Ialahkan, yang pergi tu tetaplah perginya kan... Yang mampu cuma kiter2 yang idup nih terus2 ler ingat untuk doa2kan mereka2 yang berada di sana. Semoga mereka2 itu aman di'sana'. Kita lak entah biler2 sampai masanya.....
Hari ni lak aku rasa cam terpanggil jer nak bercerita tentang persiapan aku sekeluarga menyambut raya tahun ni. Ialah kan, kalau tahun2 sebelum ni persiapan aku hanya tertumpu pada aku dan abah che maiyra, tapi dek kerana 'excited' dengan kehadiran che maiyra yang telah menyerikan lagi hidup kami maka tahun ni persiapan lebih tertumpu kepada che maiyra. Tapi untungnya baju kurung che maiyra dah pun di'sponsor' oleh tok wan che maiyra. Kasut lak awal2 lagi dah dibeli oleh moksu dan ayah teh che maiyra. Aku dan abah che maiyra tambah jer baju dia sehelai dua lagik. Tapi bukan baju kurung lah kann..
inilah baju raya che maiyra..cute tak ??
Tahun ni pulak buat pertama kalinya aku akan beraya di rumah aku sendiri. Ialah kan sebelum ni kami duk merantau kat tempat orang dan asyik duk menyewa rumah jer kan. So, rumah kami yang agak baru kami duduki ini telah dirasmikan pembukaannya dan tahun ini bakal menyaksikan pertama kalinya kami berhari raya di sini. Dulu masa rumah tuh baru siap dan aku baru jer pindah ke situ, aku ada gak hasrat nak berkongsi gambar2 umah tuh. Dari sebelum pembinaan sehingga siap sepenuhnya. Dari belum dicat sehingga dipenuhi barang2. Tapi, masa tak mengizinkan aku bercerita tentang rumahku itu. Insya Allah, kalau ada peluang nanti akan ku kongsikan di sini.
Sebenarnya setiap kali musim aidil fitri/adha, aku mengamalkan sistem giliran bila balik ke kampung. Kalau aidil fitri aku di umah MIL maka adil adha di umah mak aku. Begitulah jugak tahun2 berikutnya bergilir2. Kalau ikut giliran patutnya tahun nih kat umah mak aku. Tapi, aku kan dah ada rumah sendiri, so abah che maiyra cakap mulai tahun ni beraya kat umah sendiri tapi tetap gilir tang solat sunat hari raya tuh. Maknanya, pagi raya sok pepagi lagik kena gih umah mak aku lah. Aku ok jer. Lagipun dari umah aku ke umah mak aku bukannya jauh sangat. Walaupun perlu melewati jambatan Tanjung Lumpur, tapi kalau tak kerana 'traffic light', 15 minit dah leh sampai umah mak aku. Dan aku tahu sangat, pepagi raya bandar kuantan takkan jamm nyer lah. Silap2 haribulan, aku dengan abah che maiyra leh guling2 atas jalanraya lagik...hehehe... Aku tahulah kan...;))
Dan umah MIL aku lak lagi dekat dengan umah aku. Siap boleh laung2 jer kalau nak panggil. Tapi, takler aku melaung kalau nak panggil MIL aku kan... Kurang ajor benor ler tuh... Tapi kalau panggil SIL aku mmg rr aku laung...kekeke... So, masalah balik kampung tak berlaku pada aku ekk... Baik mak aku atau pun MIL aku, abah aku, adik-beradik, ipar2, biras2 & anak2 sedara semenya ok belaka...;p
Masuk bab kuih raya lak, jujurnya mmg r aku selalu wat kuih yang tunjuk2 tuh. Yang bestnya ada akak 'officemate' aku nih yang memang tiap2 tahun ader wat kuih kan, so borong sakan ler aku dengan dia. Ada gak abang 'officemate' aku nih wife dia org johor kan, so kalau aku nak kerepek2 tuh aku kirim jer dengan dia kann... Pastu, aku dah janji dengan SIL aku nak wat kek dekat2 raya sok. Tu jer lah sal kuih raya.
Duit raya lak aku dah pun tukar awal2 dan sampul raya banyak gak aku dapat kann... Tapi rasanya aku nak guna sampul yang di beri oleh Badan Kebajikan Kakitangan Pejabat aku jerk.. Kalau tak orang tak tahu lak aku keje mana kann...hehehe... Selalunya duit raya nih adalah bahagian untuk mak, abah, MIL dan adik2 aku tuh. Tapi tahun nih adik aku yang akan aku bagi duit raya cuma sorang jerk.. Sbb yang sorang tu jer tengah belajar kat IPT, Cheras. Yang 2 orang lagi tuh dah keje pun.. Tapi tahun nih peruntukkan tuh mungkin tuko ke anak2 sedara lah pulak kot. Adalah nanti bahagian si hadi dan che mayya...Insya Allah...
Hurmmm...apalagi yerk... Aku rasa sampai sini dululah kot... Akhirnya Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua yang masih sudi jengah2 ke blog aku nih. Sokongan dari kalian tak mungkin aku lupa sampai bila2 pun... Ampun maaf dari aku kalo ader terkasar bahasa atau tersilap dalam penulisan... Aku hanya manusia biasa....;))
gambar terbaru che maiyra
ima shhs
6 UNTUKKU:
Akakkkkkkk..
Selamat Ari Raya..maaf Zahir&batin..
wargh cutenyer maiyra pki tdung..ayu n sweet jer..hiks!!~
Zura nk mnta maaf yer kak lau slma kita knl(wlpn lom bersua muka lg) zura ada terkasar bhsa or wat akak tersinggung hrp akak maafkn yer!!~
Semoga rya kali nie mbawa kerberkatan dn keceriaan utk akak sefmly..
salam lebaran..
comelnyerr maiyra bertudung...tahun ni kita beraya simple jer..baju raya pun pakai yg tahun lepas punyer..
apepun ima..selamat hari raya dari kami sekeluarga..sudi2kanlah amik kad dari saya..:)
duit raya utk SIL yg nih ada tak? kwang kwang kwang...mung kan dapat RM500..
raya sakan la ko sekeluarga kat rumah baru yer.
cutenya che maira dengan tudung dia.
selamat hari raya.
ima...
camat menyambut ari rayo.. aku mintak maaf slama kita berkawan kot2 aku ade wat ko tersinggung ke..aku mintak maaf ye ima.. jaga diri k..
Salam Lebaran buat Ima..harap blum terlambat ucapan ini:)
ermm..apa makna maiyra??
rasanya pertama kali ila terpandang nama & ejaan yg agak berlainan compare nama2 lain:)
apa2pun..semoga bahagia & tenang selalu:)
ermm..jmputlah datang ke umahhh:)
tapi umah ila kecik jerkkk..huhukkk
Post a Comment