~KENALAN SHHS~

09 October, 2009

~HANYA DI SINI : KELUHANKU~


Assalamu'alaikum semua....

Kepada pengunjung setia blogku yang tak seberapa ini, terima kasih di atas sokongan dan kunjungan dari korang semua. Maaf kerana lama menyepi. Bukan aku melupai sahabat semua, tetapi masa aku kini benar2 mencemburui diri ini. Lama betul rasanya aku tak 'update'. Memanglah banyak yang berlaku dalam kehidupan seharian aku kann... Tapi entahlah... Aku betul2 takder mood. Hatiku tak keruan...hurrmmm....Aduhhhh....sakitttnyaaaa.....

Perlukah aku berkongsi dengan korang semua.... Bolehkah semua faham isi hati ini. Entahlah aku kurang pasti. Namun, aku sendiri tiada tempat untuk meluahkan. Hanya di sini manusia lebih ramai memahami dari sebaliknya. Hanya di sini kutemui saudara sejati...Moga ini kan abadi. Walau mungkin ada yang tak akan mengerti dengan keluhan aku ini, namun aku yakin, pasti ada yang bakal menenangkan hati yang gundah ini....Insya Allah...

ABADI DIHATI

Seabad rasanya kita tak bersua
Keluhuran cinta tak terluput oleh masa

Kini kau berdua mungkin juga bertiga
Tetap tak tercalar kesetiaan diri hamba

Setelah kau berjaya menakluki semua
Ku dijadikan korban dalam persaingan

Hati ini tercedera hidupku menderita

Namun tak kusesali malang menimpa diri
Kebahagiaan denganmu abadi dihatiku

Seabad rasanya kita tak bersua

Keluhuran cinta tak terluput oleh masa
Keindahan itu jelas di mataku
Di hatiku....

~SEBUAH CATATAN PILU~

Terasa diri ini dikhianati. Entah apa salahku pada 'nya'. Entah apa dosaku pada 'nya'. Kenapakah aku terus-terus dikaitkan dengan kisah 'nya'. Mengapa perlu mengadu-domba pada yang lain. Mengapa perlu mengungkit kisah yang sudah-sudah. Hadirnya aku disitu bukanlah sebagai pelaku utama. Aku hanya watak sampingan yang hanya akan dipanggil jika perlu. Tidak pernah walau sekalipun aku menokok apalagi menambah kisah-kisah yang telah berlalu. Untuk mengkhabarkan pada semuanya juga aku tak sanggup. Bagiku sekiranya aku berkongsi segalanya dengan ramai orang, ianya ibarat aku membiarkan semua menonton kisahku dilayar dan membiarkan mereka mentertawakanku. Ibarat menelanjangi diri sendiri dikhalayak orang yang lebih suka menghina dari membela. Mencaci dari memuji. Mengeji dari membenarkan.

Aku kecewa. Kecewa kerana darah yang mengalir di dalam setiap urat nadi itu sudah tidak penting lagi. Ya, betul... Sebelum ini aku tidak pernah ambil pusing tentang kisah ini. Bukan kerana tak suka. Bukan juga kerana membenci. Tapi, aku betul2 takut untuk percayai pada kata hati ini. Takut mengakui pada firasat diri. Sedih sungguh bila aku mengharapkan 'dia' telah berubah selepas dugaan demi dugaan yang 'dia' lalui. Namun 'dia' rupanya masih 'dia' yang dulu. Betullah kata hatiku. Benarlah segala firasatku. Tuhanku....hancur luluh hati ini....;(

Sebelum ini, aku malas nak mengiakan kata orang tua. Aku menidakkan segala telahan orang tua. Kenapa...?? Kerana aku sering menegaskan pada diri ini, sering bersangka baik itu bagus. Itu ajaran Allah. Itu amalan Rasulullah. Dan itulah juga yang memakan diri ini. Ya, ajaran Allah itu tidak salah. Amalan Rasulullah itu juga tidak silap. Tapi manusia jugalah yang alpa. Aku sendiri tak pasti entah berapa kali aku menginsafi diri, beristighfar dan terus memberi peluang kepada 'nya'. Tapi, mengapa masih aku yang dipersalahkan..?? Kenapa...??

Lemah sangatkah aku...??
Salahkah aku yang selalu beralah..??
Salahkah aku yang lebih suka diam dari bercakap...??

Ya, aku akui aku sendiri tidak pernah berusaha membantu memulihkan keadaan. Aku cuba melarikan diri dari berdepan dengan kisah itu. Aku lebih suka berdiam, dari bercerita mengenai'nya'. Tapi, itu tidak bermakna aku lah orang yang terus mengeruhkan keadaan yang semakin meruncing itu. Hakikatnya, aku dihadapan orang tua lebih kerap membela dari menokok tambah cerita. Cuma itu tidak berlaku dihadapan ramai orang. Mungkin baiknya hubunganku dengan orang tua itu salah. Mungkin 'dia' rasa aku mengambil kesempatan diatas kebaikkan itu. Mungkin kemungkinan yang terus memungkinkan aku jadi begini...Entahlah....

Walau apapun yang berlaku. Walau ditakdirkan usiaku tidak panjang. Atau langit akan runtuh. Atau kiamat berlaku pada esok hari. Aku tetap akan mempertahankan apa sahaja yang orang tuaku putuskan. Kerana aku yakin dan amat yakin, betapa berkatnya hidup kita bila diselimuti doa dan restu mereka selalu. Walau siapapun mereka. Mereka tetap ibu dan ayah kita. Tanpa mereka kita tak mungkin dapat bernafas di muka bumi ini. Tanpa mereka, tak akan kita kenal orang-orang yang kita kenal kini. Tanpa mereka siapalah kita...Pasrahlah...


~MONOLOG BUAT CHE MAIYRA~

Che Maiyra, ibu berjanji akan tegar membesarkanmu dengan tabah dan sabar. Akan ibu didikmu menjadi insan yang mengutamakan ibu, abah dan keluarga lebih dari segalanya. Semoga Allah memberkati impian dan harapan ibu untuk masa depan che maiyra dan bakal adik-adik che maiyra yang akan lahir (dengan izin Allah). Dengan berkat doa restu dan bimbingan tok wan, tok aki dan tok yang ibu sayangi selamanya.

Abah, kita sama-sama didik anak kita ekk...Janji..!!


~~~####~~~


**Apa yang dipaparkan di atas bukan kisah suami isteri...
***Luv' u my dear hubby !!


ima shhs



5 UNTUKKU:

ieyla said...

Salam...betul kata akak bukan semua orang memahami kite....saya pun pernah mengalami situasi yg akak alami....banyakkan bersabar nye akak....

AbQar|'s said...

hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
suram malam tak berbintang
itulah lukisan alam...

jadilah rumput yang lemah lembut
tak luruh di pukul ribut
bagai karang di dasar lautan
tak terusik di landa badai..

k.ngah,
even 'somebody'always blaming on u, we are always be with u, coz we r family!!

Unknown said...

ima.. ko nape?
lahai syahdu plak ase terutama ayat utk Che Maiyra tu...
nape ni?
meh jmpa aku meh.. aku dh stat keje..

izman said...

hebat jugak ye ko berpuitis.

ILA said...

ni poem kau ke @ berdasrkan kesah hidupmu...
apa ni ima..???
hampir terkejut ila kalau berkitan dgn kluarga mu...
ehhhh!!ima peknen???

tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

oh ye..napa susah sgat nak comnicate kat fb ye..ima pun mcm buat tak kesah jer..sedih lah pulakkk...huhu

~TDD~