~KENALAN SHHS~

11 May, 2009

````~UNTUK 2 BUNGA~````





....SEMALAM HARI IBU....

Seperti hari2 cuti yang biasa, aku melawati ibu2ku juga melewati tanah tumpah kelahiranku ini... Di sini, di tanah kelahiranku ini, perjalanan hidup manusia diteruskan seperti biasa. Aku juga masih meneruskan kehidupan ini. Hari2 semalam kujadikan pengajaran bermakna untuk terus mara kehari2 mendatang. Walaupun kepala masih memikir-mikirkan tentang kursus2 yg telah aku hadiri pada minggu yg lepas, namun perjuangan hidup ini harus kuteruskan jua.

Tahun ini di hari ini, bukan seperti tahun2 yg sudah...akhirnya aku menerima kunjungan2 sms ucapan2 selamat menandakan aku seorang ibu. Pada hari yang sama juga, aku menikmati jalanan hidup seorang ibu yang melayan kerenah anaknya pada hari ibu. Penuh gelak tawa, penuh tangisan sementelah anakku yang baru menganjak usia 7 bulan. Itulah anak pertamaku. Itulah zuriat aku dan suamiku. Kerana dia, aku diberi hak meraikan hari ini. Kerana dialah penuh peti simpanan sms ku dengan ucap selamat, kerana dia hidup kami sekeluarga semakin ceria dan gembira selalu. Aku bersyukur padamu Ilahi...

Hari ini tahun ini, seperti yang sudah2.... Kutitipkan ucapan selamat ini khas buat mak dan mertuaku. Tahniah kerana sehingga ke hari ini, mak & mak masih tega melayan karenah kami anak menantu dan cucu2. Masih sabar dan sentiasa menadah tangan mohon keberkatan untuk keluarga dan anak cucu. Semoga Allah memberkati hidup mak & mak selalu.

'Untuk 2 Bunga' : Sengaja ku letakkan tajuk itu. Nama mak & mak yang telah di'melayu'kan. Kerana kita orang melayu. Mungkin semua orang tak tahu, banyak kebetulan yang tidak disengajakan berlaku untuk keluargaku dan keluarga mertuaku. Kebetulan juga nama mak & mak adalah sama. Bunga. Itu dalam bahasa melayu (malaysia). Dalam bahasa arab : ??

Selamat lah untuk mak dan mak, bukan sahaja pada hari ibu tapi untuk hari2 yang bakal mendatang ini. Percayalah kami SHHS amat2 menyayangi kalian berdua...





P/s : Ucapan ini juga untuk ummi si hadi, bakal ibu (nun jauh di KL), ummi si mayya (nun di Bentong) dan mama yang dekat tapi jauh juga untuk semua ibu2 di seluruh pelusuk dunia. Semoga kebahagiaan milik kita semua !! 


4 UNTUKKU:

Fadh Rahman said...

selamat hari ibu untuk semua ibu di seluruh dunia...tanpamu siapalah kami

izman said...

selamat hari ibu untuk kamu.

ima shhs said...

fadh : selamat2

ima shhs said...

izman : selamat juga utk ibu mu dan ibu kpd anak2mu

~TDD~