~KENALAN SHHS~

14 May, 2009

"AMAR MAARUF....."


Kenapa ekk...sari dua nih malas tul nak nulih kat sini...ntah kemana larik nyer mood aku nih...atau kerana ke'busy'an yg melanda diri ini... Ialahkan, ari2 meetin'...borink!!

Tapi, smlm belah ptg smpat gak r aku jenjalan kat blog2 kengkorang sume yg rajin ke blog ku ini...heheheh... Terbaca lak aku citer si blogger ummiabqari...hurmmm...

Dek kerana aku 'well known' sgt2 pasal "RUMAH ANAK YATIM PERMATA CAMAR" tuh... so, dikesempatan ini aku dgn rendah diri dan jujur hati nak tolong blogger ummiabqari war2kan hasrat murni BADAN NADWAH ISLAMIAH PAHANG tuh...

Untuk pengetahuan korang sume, NADWAH adalah salah satu badan NGO yang Islamic yg stkt nih mmg aku nampak lah kan... mmg betul2 nak tolong orang Islam... Bukan aku kata takder NGO lain yg cam tu, tp kalo kat Pahang nih tu jer ler yg aku nampak bersungguh2 sket...

So, aku copy paste lah makluman nya dr blog ummiabqari nih...


ASSALAMUALAIKUM WRT. WBT.

Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH) berlokasi di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan merupakan sebuah penempatan anak-anak yatim dan miskin dengan bilangan penghuni ketika ini seramai 29 orang (kesemuanya lelaki)

Sebahagian penghuni rumah anak yatim

Tanah yang diduduki ketika ini seluas 2.05 ekar telah diwakaf oleh seorang individu, dan pada penghujung 2008, PERMATA CAMAR mendapat tawaran untuk memiliki (membeli) tanah bersebelahan, Lot 2196 berkeluasan 2.31 ekar.

Rumah sedia ada di atas sebidang tanah wakaf yg telah di 'renovate' menjadi asrama pelajar
NADWAH merancang untuk membangunkan sebuah kompleks serba lengkap yang mampu memuatkan penghuni sehingga mencapai 100 orang (60 lelaki, 40 perempuan). Justeru itu, langkah untuk membeli tanah bersebelahan difikirkan amat wajar bagi tujuan memberikan ruang yang lebih selesa kepada anak-anak tersebut.
NADWAH mengambil langkah untuk menjual Secara WAKAF Lot Tanah berkenaan pada harga RM20 sekaki persegi. Individu yang berminat bolehlah membeli lot wakaf tersebut dan menyerahkan kembali kepada NADWAH untuk urusan pentadbiran dan pengendaliannya. Lot Tanah yang akan dijual-wakaf hanya terhad kepada keluasan 2.31 ekar sahaja atau keseluruhannya 100,643 lot sahaja. Muat turun borang wakaf di blog ummiabqari


So kawan2 sume yang budiman... marilah kiter sama2 beramal ekk... Bak kata ummiabqari

"klu korang rasa korang tak mampu nk bagi duit kat bebudak nih...apa salahnya korang panjang2 kan makluman/entry ini kepada kwn2 yang lain....semoga usaha ini menjadi pelaburan kita di akhirat kelak kerana telah meringankan beban anak yatim yang menjadi sebahagian dari saudara seIslam kita..."


p/s : ummi....."kita adalah insan"


9 UNTUKKU:

AbQar|'s said...

ahaha...bagus2 camni ler my SIL

ILA said...

rasanya.ada timer email ni dari forward email.alahaiii..kalau ila berdekatan kat sna.ikut hati nak mghadap sndiri mlihat anak2 yatim tu..huhu

ima shhs said...

ummi : "kita adalah insan "

ima shhs said...

ila : meh la dtg pahang... i will entertain u well...
Tp, dah panjang2kan email tuh dah kira ok lah tuh....time kasih ekk !!

Fadh Rahman said...

insyallah akan cuba membantu setakat mampu.

Unknown said...

nulis ek... bukan taip ke hehehe..
alaa jgnla malas2, rajinkanla diri ek...

ima shhs said...

fadh : terima kasih cikgu

ima shhs said...

Ena : huhuhu....;p

Unknown said...

kak, update la yg terbaru kak...
anyway thanx sudi jd kawan ena 4eva ihiks...

~TDD~