~KENALAN SHHS~

08 April, 2009

~ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA~

Terpanggil bercerita kerana sebak rasa di dada... Aku dah tak tahu nak kongsi dgn saper... Aku paparkan kisah ini di sini sbg panduan dan pengajaran pd semua... Ingatlah wahai teman-teman, dunia ini hanya pinjaman, akhirat juga yg kekal abadi... Andai dapat ku undurkan masa, akan ku ubah semuanya menjadi lebih indah, hanya untuk mak yg amat aku sayangi....(",)

Kat mana nak mula ni ekk.... hurmm...;p

35 tahun dahulu sebelum aku dilahirkan, ketika mak n abah menyulam bait kasih di hari pernikahan mereka. Mengikut apa yg di storykan pd aku mak dihadiahkan oleh ayahnya (datukku) sebidang tanah yg di atasnya terdapat sebuah rumah... Di atas lot tanah itu pula terdapat beberapa buah rumah dan beberapa penama di dalam gerannya. Mengikut apa yg aku fahami, mak mndpt tanah tersebut secara hibah(pemberian kasih sayang) dan nama di dalam geran terus di isi nama mak bukan dari nama ayahnya kpd dia atau dari ibunya kpd dia...

Mengikut geran, tanah tersebut mempunyai 24 bahagian di mana ketika tanah itu dibeli dan diletak nama mak, mak memiliki 6 bahagian dari 24 bahagian tanah tersebut. 

Beberapa tahun selepas kembalinya datukku ke rahmatullah, dalam tahun 80an, ibu kpd makku (tok wanku) telah memujuk mak memberi separuh dari bahagian tanah itu kpd makcik ku... Setelah berfikir panjang, mak bersetuju memberikan separuh bahagian tanah itu secara hibah kpd makcik. Selepas dari itu, mak memperolehi 3 bahagian dari 24 bahagian begitu juga makcik.

Di atas bahagian tanah mak & makcik (6 dr 24) ada 3 biji rumah. Rumah mak di depan, ditengah rumah sewa dan dibelakang rumah makcik. Dalam tahun 80an, ketika tok wan masih ada, tok wan meminta keluarga abg kpd mak pindah ke rumah sewa itu. Keluarga abg mak agak besar krn bilangan anaknya yg agak ramai. Tujuan tok wan hanyalah semata-mata krn kebajikan menantu dan cucu2 nya yg ketika itu agak terabai. Maklum faktor manusia yg rasa dia masih muda dan asyik mengejar keseronokkan... Pd peringkat awal, mak dan makcik akur dgn keputusan tok wan dgn syarat pd ketika mak n makcik menyuruh mrk keluar mencari kehidupan masing2 mrk perlu akur. Dalam tahun 1985, tok wan kembali ke rahmatullah.

Sehingga itu, mrk sekeluarga terus menetap di rumah itu. Dalam tahun 1990an, makcik pula kembali ke rahmatullah. Makcik meninggalkan suami, dan 3 org anak perempuan. Setelah perbincangan dibuat, bahagian tanah makcik diserahkan kpd anaknya yg sulung.

Tahun berganti tahun, sampailah ketika kami semua dewasa seiring dgn usia. Abah yg telah bersara memilih utk terus tinggal di rumah mak dan anak makcik membiarkan abah nya terus tinggal di situ. Kebykkan dr kami anak2 telah pun berkahwin. 

Sampai ketika mak menuntut janji dgn abg nya meminta mrk sekeluarga keluar dr rumah itu, abg mak sekeluarga ingkar. Mrk mula mencipta pelbagai cerita. Antaranya, rumah itu telah diberi kpd anak perempuan sulung mrk lah, mrk duduk di situ krn 'undivided share' lah....Ntah apa2 lah...

Aku sedih melihat mak sedih.... hati pilu melihat mak berduka. Tanah itu ada 'sentimental value' bg nya. Itulah tanda kasih seorg ayah kpd anaknya. 

Tp keluarga abg mak tak pernah mahu memahami, keluarga kami semakin besar. Nak tambah rumah jd besar sikit pun tak leh krn adanya rumah sewa itu. Suruh mrk keluar, mrk cipta byk alasan dan teori sendiri... Pelbagai cara dah mak buat dibantu oleh abah... Dr suruh cara baik, sampai guna surat, sampai lah ke tahap guna lawyer.... seme nyer tak memberi kesan. Cuma tak pergi ke mahkamah jer lagi, sbb sekali sebutan kes perlu RM6ribu. Byk sgt tu kalo nak dikira abah yg hanya seorg pesara dan mak yg tak bekerja. Aku masih ada adik yg sedang belajar dan kalo ada yg dah bekerja pun baru lah mula sebulan dua nih. Hurrmmm...

Untuk pengetahuan semua, dari mula mereka tinggal sekeluarga di situ (sejak tahun 80an) mrk tidak pernah membayar sesen pun wang sewa, mrk juga tidak pernah membayar cukai pintu, bekalan air mrk juga sudah dipotong krn tertunggak dan mrk mndpt bekalan air krn membuat paip sambungan secara haram. Mereka juga membina sebuah kedai makan (besar) selain sebuah gerai makanan (kecil) dan diberi sewa kpd org yg mana sewanya mrk kutip tiap bulan. Semua yg mrk buat telah diadukan kpd pihak berkuasa tempatan juga JBA daerah tp sehingga kini tiada respon dr mrk..

Pd hujung tahun 2007 abg mak meninggal dunia, diikuti isterinya pd awal 2009. Anak2 mrk terus angkuh tinggal disitu semetelah ada anaknya yg menjadi sub-kontraktor dan terus menggunakan sekitar kawasan rumah itu sebagai tmpt menjalankan kerja2nya. Untuk pengetahuan semua, adik-beradik mrk nih kebyakkannya lelaki dan ganas2 belaka. Ala2 gangster gitu...

Tu jer lah yg terkeluar dr hati sanubari aku hari ini. Kalau korang2 seme ada cara dan bantuan yg boleh dihulurkan beritahulah aku segera. Kalau tak pun tolonglah tanya2kan pd yg lain cara yg terbaik utk membantu aku membantu mak ku...... Kalau rasa tak berapa faham citer nih leh terus tanya aku....boleh gitu...

Aku ingin sekali melihat mak tersenyum bahagia.......(",)
Aku ingin sekali melihat mak tersenyum gembira.......(",)

7 UNTUKKU:

m@m@yAyA said...

Akak tnh tue area mn?
camnila akak g pej tnh bhgian pemberimilikan cuba cite mslh akak nie..
sb kira dowg dh wat kslhn tau dhla xbyr apa2 then wat plak mcm2 ngan kedaila apala..
zura sblm nie keje kat pejbt tnh wlyh jd thula ckit psl tnh2 nie..
elok akak try g pej tnh n cuba tny pndapat dowg..

Unknown said...

kak ima...
ena pun ade masalah yg sama tp tak srupa.. masih dlm proses lawyer tp nampaknye tak membantu jugak.. tak tau jugak nak wat camne tp yg pasti kena usaha jugak dptkan pe yg patut mak kita miliki.. tu jek yg tinggal utk kenangannya...

izman said...

akupun tak faham bab2 tanah ni. tapi kalau tanah dah dimasukkan nama dalam geran kira dah final, kecuali ada persetujuan perubahan hak milik.

ima shhs said...

Zura, Thanks sbb prihatin...

Tanah itu kat Negeri Pahang, Daerah Kuantan, area bandar....

Mmglah diaorg tu dah keterlaluan tau... Melampau sgt2...

Nnt akak minta mak abah akak gih pej tanah k...

Thanks sekali lagi tau !!

Diarihatiku1976 said...

saya pun tak faham gak... sebab saya pun mengalami perkara yang lebih kurang sama. sebab adik beradik ramai 14 orang tapi tanah sekangkang kera je.. pejabat tanah plak tak beri nak letak nama semua.. tu yg masalah tuu...

m@m@yAyA said...

kak ima ok nti akak suh mak ngan ayh akak g pej tnh daerah kuantan,bhg pemberimilikan xsilap zura..Tny prosedur camner lau kes yg camnie..
aka skrg dh susahla nk ym pn xleh akak amik no.hp zura nti kita cntinue by phonela..
nie no zura 019-3672157/012-6594154

ima shhs said...

Ena... samer ker...huhuhu... kite harus terus perjuangkan nyer k chayoikk !!

izman... mmg r tnh tuh dah terang2 buh nama mak kiter... tp still ader org yg tak kenang diuntung nak terus bermaharajalela kat situ...:(

My Blog aka Kak Lin... mmg susah kalo nak tukar penama geran pd penama yg ramai... tp masalah mak sy nama dia dh sedia ada pn org lain nak rebut2 gakkss...boleh gitu...!! Itu tak tahu malu namanya...(",)

Zura, thanks sekali lg... akak dah suh mak abah akak gih pej tanah... maybe next week leh r diaorg gih... doa2kan k... K akak salin dah no hp zura... nnt kita cntinue k...

~TDD~