~KENALAN SHHS~

11 February, 2009

SALAM TAKZIAH...!!!




Dikesempatan ini aku nak ucapkan salam takziah untuk keluarga Allahyarham Ustaz Adaham Che Cob atas kembalinya beliau ke rahmatullah pada 10 Februari 2009 jam 8 lebih ( malam ) di rumah beliau... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.... Al Fatihah...amin

Walaupun aku dah lama mengenali allahyarham, tapi aku betul2 kenal dengannya sejak 1 tahun kebelakangan nih... Beliau dikatakan mengidap sakit buah pinggang yang agak kronik... Beliau dimasukkan ke hospital ketika aku berjuang menantikan kelahiran anak sulungku... Semoga ahli keluarganya akan tabah melaluinya.

Sedih lak rasa di hati ini. Minggu lepas sebuah keluarga yang aku kenali rapat telah kehilangan bapanya. Beliau mengidap penyakit yang berkaitan dengan hati...

Walau apa pun aku tetap berasa bersyukur kerana mereka2 yang telah pergi ini tak lama sakitnya sebelum pergi meninggalkan dunia yang fana ini...

Ya Allah Ya Tuhanku.... semoga kau memberkati setiap dari kami hambamu dimuka bumi ini... Rahmatilah aku dan ahli keluargaku yang lain... 

Kepada sesiapa yang membaca blogku ini... sedekah lah al Fatihah untuk Allahyarham yang berdua itu dan kepada semua umat islam yang telah pergi meninggalkan kita... Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.....amin ya al Awwal...

1 UNTUKKU:

Hafiz said...

assalamualaikum wbt...
jujurnya saya tidak mengenali saudari tetapi terima kasih kerana memahatkan nama abah di sini..genap setahun abah pergi...alfatihah..

~TDD~